Sejarah kombat Tentera_Darat_Ke-2_(Wehrmacht)

Tentera Darat Ke-2 telah diaktifkan pada 20 Oktober 1939, dengan Jeneral Maximilian Reichsfreiherr von Weichs sebagai pemerintah. Pertama kali dilihat berperang di Perancis[petikan diperlukan], ketumbukan ini terlibat dalam pencerobohan Balkan, dan operasi ofensif di Ukraine sebagai sebahagian dari Operasi Barbarossa.

Pada tahun 1942 II. Armee melindungi bahagian utara opérasi Fall Blau di persekitaran Voronezh dan mengalami kekalahan teruk semasa penyerangan musim sejuk Soviet yang disusuli Pertempuran Stalingrad.

Pada tahun 1945 ketumbukan ini dibentuk semula sebagai AOK Ostpreußen dan sangat penting dalam mempertahankan Prusia Timur dan Barat sebelum penyerahan kalah terakhir pada 9 Mei 1945.[1]

Organisasi Tentera Darat Ke-2 semasa operasi di Balkan[2]

Para Panglima